Ahad, 7 Disember 2014

Khasiat & Rahsia Al-Fatihah

Assalamualaikum..
 Lama dah Cik CT tak menulis di blog ini kan.. Erm, kita cuti bersalin la uolls semua. Alhamdulillah dah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.5kilo tanggal 5hb Oktober 2014 yang lepas. Uolls ingat tu hari apa??? Hari raya haji.. Ya Allah, orang semua sibuk beraya, kita di wad bersalin. huhuhuu........ Takpelah apa yang penting semua dah selamat dan baby pun dah masuk 2bulan 2hari hari ni :)

 Hari ni Cik CT nak kongsi sikit tentang surah Al-Fatihah yang Cik CT terbaca dalam FB kawan sebelum bersalin dulu.. Jom sama-sama kita bongkar rahsia dan khasiat surah Al-Fatihah kawan-kawan..

 Khasiat & Rahsia Al-Fatihah 

1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman

 3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa 

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

 SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA ... sekadar berkongsi ilmu...sebarkanlah .....