Selasa, 2 Oktober 2012

Assalamualaikum...
Lama jugak Cik CT tak update blog ni..Sibuk ngan Princess Aisyah n tempahan menjahit. Aduih...berpinar-pinar rasa mata hampir 2 minggu asyik tengok manik jer..hehehehe.. Tapi tulah, sudah namanya pun kerja. Mahu atau tidak, suka ataupun bosan mesti nak kena selesaikan juga.

Sebulan dua ni, Cik CT dok sibuk mencuba pelbagai cara untuk pisahkan anak untuk breast feeding. Ya Allah..susah..sedih..semua ada. Yang susahnya, sebab sekarang kerja & tempahan dah makin banyak. Anak pula tak boleh ditinggal dengan orang lain. Dia tak mahu. Sedangkan kerja Cik CT memerlukan Cik CT keluar jumpa customer kadang2. Kalau nak heret ke hulu ke hilir kesian pula dia akan penat..adui...

Yang sedihnya, bila time dia lapar n minta susu. Tp dibagi minum susu formula @ nestum..Menangis n merenyek jer selagi xdapat. Sian anak mama. Cik CT da try pam susu masukan dalam botol n bagi Princess Aisyah minum. Tapi dia tak mau..susu formula lagi lah dia xmau..siap main sembur2 lagi.. :)

Pada kawan2 semua yang ada pengalaman lebih kurang macam Cik CT ni..bolehlah kongsi dekat sini. Mungkin ada sesiapa tahu petua2 untuk pisahkan susu ke.. Cik CT tahu, mesti ramai lagi kawan2 kat luar sana hadapi masalah sama mcam Cik CT ni.

So uoll.. sharing is caring.. ilmu bermanfaat yang dikongsi insyallah akan mendapat ganjaran pahala dr Allah s.w.t.

May Allah Bless uoll semua ...
regard Cik CT

Tiada ulasan: