Delima
Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi. Zat besi berperanan untuk proses pembinaan darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan penyakit anemia. Ia juga mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buah yang lain. Buah delima mengandungi potassium yang besar isipadunya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfur, kalsium, besi, dan sodium, vitamin A, B1, B2, dan C. Bertindak bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal. Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga meningkat kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur mencegah edema dan mengurangi kadar gula di dalam darah. Buah delima juga dapat menghilangkan rasa letih otot dan menguatkan jantung.
Kurma
Kurma mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Rasulullah S.A.W. Diceritakan oleh Jumaah Bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir Bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah S.A.W bersabda :
" Sesiapa yang memakan 7 biji tamar 'Ajwah' dia akan terkawal dari kejutan syaitan dan sihir pada hari itu."
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukkan darah dan sumsum tulang.
Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Madu
Madu adalah makanan yang mengadungi pelbagai zat makanan seperti karbohidrat, protein, asid amino, vitamin, mineral, dekstrin, pigmen tumbuhan, komponen aromatik dan antibiotik. Kandungan karbohidrat dalam madu adalah yang tertinggi diantara produk-produk ternak yang lain seperti susu, telur, daging, dan mentega. Madu adalah dua penawar yang disebut di dalam Al-Quran dan Hadith. Firman Allah S.W.T " Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang meyembuhkan bagi manusia". Surah An-Nahl Ayat 68-69
|
Saffron yang telah dikeringkan |
Za'faran / Saffron
Dalam kitab Tibbul Imama A'li, Saiyidina Ali menyatakan : " Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan A'sal (madu) diminum sebanyak 2 misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir".
|
Pokok bunga saffron |
Za'faran sangat kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin & Tiamin) dan dapat menbantu menyempurnakan proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah dan kolestrol, mengurangkan risiko sakit jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, penenang dan juga perangsang tenaga batin. Pengambilan secara tetap minuman ini setiap hari akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahan menghadapi pelbagai penyakit seperti asma dan demam biasa.
|
Buah Tiin kering |
Buah Tiin
Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jawziyyah, buah tiin memiliki banyak khasiat antaranya dapat mengurangkan sakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa, menghilangkan kahak yang terkumpul serta memberikan khaiat yang baik kepada tubuh badan dan sebagai salah satu langkah pencegahan untuk melawan racun di dalam badan.
|
Buah Tiin segar |
Nabi Muhammada S.A.W juga pernah bersabda, " Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga , maka aku kata,' " inilah buahnya (buah Tiin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya".
Selain dari itu, ia juga dikenali sebagai bahan pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik). Buah tiin tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolestrol tetapi mengandungi lebih tinggi kandungan galian yang lain seperti kalium, serat dan zat besi.
Habbatus Sauda'
|
Biji Habbatus Sauda |
Habbatus Sauda' mempunyai ekstrak yang dijadikan sebagai terapi untuk mengaktifkan enzim adenylyclase yang bertanggungjawab terhadap perubahan spesifik dalam peringkat-peringkat usia. Ia mempunyai 1001 kebaikan seperti sabda Rasulullah S.A.W : " Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda' kerana padaya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Saam (mati)". Hadith Sahih Bukhari Muslim.
|
Pokok Bunga Habbatus Sauda'
|
Minyak Zaitun
Minyak zaitun bertindak sebagai penambah zat makanan, pencuci dan pembaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhammad S.A.W bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".
Minyak zaitun juga mengandungi asid lemak yang tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounaasaturated" yang mampu merendahkan kolestrol berbahaya di dalam darah.
Kismis
Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : " Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
" Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, meguatkan saraf, dan menghilangkan letih". Kismis juga dapat meningkatkan keupayaan untuk menghafal.
Artikel dipetik dari Majalah Nur Edisi November 2010 muka surat 116-117