Sabtu, 20 April 2013

Jom, Adik Masuk ke Tadika!!!


"Sesi persekolahan bakal dibuka tak lama lagi. Waktu itu, Suzanna, ibu kepada anak kecil Arif Aiman yang bakal menginjak usia 5 tahun mula pening. Mengikut perancangan Suzanna ingin mula menghantar Arif Aiman ke tadika berdekatan untuk sesi tersebut. Tapi, bagaimana dia dapat menerangkan pada anak kecilnya itu, walhal anaknya Arif Aiman tidak pernah berenggang darinya."
'Anda pernah alami situasi yang sama? Jom kita dapatkan tips persiapan anak sebelum melangkah ke tadika'
Persiapan Anak Sebelum Melangkah Ke Tadika
1. Persiapan Mental

  • Cerita tentang tadika
  • Beri pendedahan tentang tadika melalui tv atau video
  • Beri gambaran tadika merupakan tempat yang menyeronokkan.
1) Belajar perkara baru, benda baru;
2) Bermain-main dan beraktiviti dengan kawan;
3) Jumpa ramai kawan baru
  • Bawa mereka melawat tadika pilihan anda

2. Persiapan Diri Anak
  • Biasakan anak-anak tidur awal untuk mengelakkan mereka meragam sebab kurang tidur
  • Susun jadual tidur siang sesuai dengan jadual tadika
  • Atur waktu minum susu dan ajar anak minum susu dalam cawan untuk mengelakkan ketagihan botol susu
  • Mula melatih anak agar tidak menggunakan lampin pakai buang sepenuh masa
  • Minta anak agar kurang bergantung dengan barang kesayangan seperti 'bantal busuk'
  • Latih anak agar berkongsi barang atau makanan dengan rakan

3. Komunikasi antara ibu bapa dan guru tadika
  • Nyatakan secara terperinci tentang anak sebelum masuk tadika seperti :
1) Masalah kesihatan
2) Cara anak berkomunikasi untuk menyatakan kehendak dan perasaan
3) Trauma yang pernah dialami seperti takut petir, pintu tertutup, suara yang kuat dan lain-lain
4) Cara makan, tidur dan percakapan anak
  • Dapatkan maklum balas daripada anak tentang keadaan anak semasa di tadika tetapi dengan soalan yang positif seperti :
1) " Tadi main apa?"
2) " Ramai tak kawan ?"
3) " Cikgu baik tak?"
  • Jangan ambil lewat pada hari pertama terutama pelajar yang diletakkan sehingga petang
  • Ambil tahu siapa guru anak anda
  • Nyatakan harapan anda kepada tadika
*** Tips daripada Pn Zaharah Johari, Pengurus Tadika Tunas Bistari, Seksyen 18 Shah Alam, Selangor***

Tiada ulasan: