Jumaat, 19 April 2013



Bagaiman Kanak-kanak Mendapatkan Vitamin D?

Cahaya Matahari

Apabila kulit kita terkena sinaran cahaya matahari atau lebih spesifik radiasi UVB, badan kita akan menghasilkan Vitamin D kesan daripada tindak balas terhadap cahaya matahari pada kulit. Manusia biasanya akan mendapat 80% Vitamin D daripada cahaya matahari.
Namun, terlalu lama berada di bawah sinaran matahari juga boleh menyebabkan kulit terbakar dan infeksi kulit. Waktu terbaik untuk dedahkan diri di bawah sinaran matahari adalah waktu pagi. Walaubagaimanapun, pada hari-hari panas terik, anak anda mungkin memerlukan perlindungan daripada cahaya matahari.

Makanan

Kebanyakkan kanak-kanak bukan sahaja mendapat Vitamin D daripada makanan semata-mata. Namun makanan yang kaya dengan Vitamin D seperti ikan salmon, mackerel dan sardin boleh menjadi sumber untuk vitamin tersebut selain putih telur. Ubi kentang dan oat juga makanan yang kaya dengan Vitamin D.
Ada juga beberapa jenis makanan yang tidak mengandungi vitamin tersebut tetapi telah ditambah dengan Vitamin D seperti mentega, beberapa jenis susu dan produk tenusu. Untuk pengetahuan anda, semua susu formula untuk bayi mengandungi Vitamin D.

Kekurangan Vitamin D

Kanak-kanak mungkin akan terdedah kepada risiko kekurangan Vitamin D jika mereka :
  • Perlu menutup seluruh badan mereka untuk keluar dari rumah
  • Mempunyai penyakit dan tidak boleh berada di tempat terbuka
  • Mempunyai kecacatan fizikal atau intelektual yang menyebabkan mereka kurang membuat aktiviti di luar rumah. Keadaan mereka juga sedikit sebanyak menyumbang kepada kurangnya penyerapan Vitamin D ke dalam badan mereka.
  • Mempunyai kulit yang agak gelap. Kanak-kanak yang agak gelap kulitnya memerlukan lebih banyak Vitamin D berbanding kanak-kanak berkulit cerah
  • Terlalu lama minum susu ibu, berkulit gelap dan mempunyai ibu yang kurang Vitamin D
Apa yang boleh anda lakukan?

Cara terbaik untuk mengetahui adakah anak anda tidak mendapat Vitamin D yang cukup ialah melalui uijian darah. Jumpalah doktor anda dan dapatkan nasihat mereka. Jika anak anda mempunyai kulit yang agak gelap dan tidak mendapat cahaya matahari yang secukupnya atau lain-lain masalah berkaitan kekurangan Vitamin D, berbincanglah dengan doktor anda untuk mendapatkan suplemen yang betul.

Tahukah anda????

Satu kajian telah dijalankan oleh South East Asian Nutrition Survey (SEANUTS) menyatakan bahawa satu daripada dua orang kanak-kanak di Malaysia megalami masalah kekurangan Vitamin D dan tidak mengambil Kalsium yang cukup dalam hidangan harian mereka.
" Wahhhhhhhhhh... besar peratusannya kan??? Jadi bertindaklah wahai para ibu bapa. Pastikan anak anda mendapat nutrisi secukupnya dan sekiranya wa-was dapatkan doktor anda segera!!"

Tiada ulasan: