Apa tandanya jika kita cemburu melihat kebahagian orang lain? Adakah itu membayangkan bahawa jiwa kita sakit kerana membiarkan perasaan itu berlegar di dalam diri? Ya... Benar. Jiwa kita sedang sakit jika kita cemburu akan kebahagian orang lain dan ini disebut sebagai hasad.... cemburu yang melampaui batas.
Perasaan ini jika tidak dibendung boleh membawa kepada kerosakkan sebagaimana api yang membakar kayu kering. Kenapa membiarkan hati dibelenggu sebegitu sedangkan anda sendiri boleh mencari kebahagian itu??? Jadikan kebahagian orang lain yang berpasangan sebagai inspirasi agar kita juga mampu menikmati kebahagian yang sama.
Firman Allah S.W.T bermaksud :
" Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga)" - Surah Ali Imran ayat 14
Tiada ulasan:
Catat Ulasan