- Sentiasa mendahulukan kemahuan dan keinginan suaminya daripada kemahuan dan kehendaknya sendiri
- Sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun pada setiap perkataan dan perbuatan
- Sentiasa berhias diri apabila di hadapan suami dan sebaliknya apabila ketiadaan suami
- Sentiasa bersedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah dan zahiriah suami bila diperlukan
- Sentiasa menjaga kebersihan, kesihatan dan kesempurnaan diri, rumah tangga dan anak-anak suaminya
- Sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia mencintai dan menyayangi keluarganya sendiri
- Sentiasa menjaga auratnya dari pandangan yang bukan mahramnya
- Sentiasa menjaga pandangan matanya dari perkara-perkara yang tidak sihat dan mungkar
- Sentiasa memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan itu tidak bertentangan dengan perintah syariat
- Sentiasa memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya dan membuatkan suaminya merasakan rumah tangganya itu sebagai tempat yang paling selamat untuk mendapat ketenangan dan kebahagian
- Sentiasa menjaga rahsia serta maruah suami dan keluarganya, demikian dengan maruahnya sendiri
- Sentiasa menjadikan suaminya sebagai ketua dalam rumah tangga mereka sesuai dengan sifat-sifat yang telah dianugerahkan Allah swt kepada kaum lelaki
- Sentiasa memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah kerana sesuatu hajat yang diharuskan oleh syara'
- Sentiasa memohon keizinan suaminya jika mahu mengerjakan puasa sunat
- Sentiasa bersyukur dan tenang di atas segala dugaan dan nikmat dari Allah swt yag diberikan kepada suaminya
- Sentiasa menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang
- Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumah ketika ketiadaan suami
- Sentiasa bersedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan segala perintah Allah dengan tabah dan sabar
- Sentiasa berdiam diri dan mendengar bila suaminya sedang bercakap
- Tidak meminta sesuatu yang lebih daripada suaminya sedangkan ia tidak mampu untuk menunaikannya
~~~ Pesanan juga peringatan buat diriku dan ikhlas buat semua teman-teman sekalian. Semoga kita dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah besar ini. Amin..........~~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan