Khamis, 18 April 2013

Resepi : Tat Telur







Resepi Tat Telur

Bahan untuk kulit :

185gm marjerin
35gm gula kastor
1biji telur
300gm tepung Hong Kong Pau
20gm tepung kastard
20gm tepung susu
Sedikit garam

Bahan untuk inti :

5biji telur
700gm gula pasir
250ml air - masak gula sehingga larut dan titiskan sedikit pewarna kuning ambil 120ml saja
60gm susu cair
Sedikit vanilla
Cara penyediaanya :
  1. Pukul marjerin bersama gula. Kemudian masukan garam dan telur
  2. Selepa itu masukkan tepung dan pukul sebentar
  3. Uli sehingga menjadi doh. Timbang setiap ketul seberat 34gm dan simpan di dalam peti sejuk kira-kira empat jam
  4. Keluarkan dan tekan dalam acuan tat. Ambil garpu dan cucuk-cucukkan kulit tat. Bakar kira-kira 10minit pada suhu 150 darjah Celcius.
  5. Untuk membuat inti pula, campurkan kesemua bahan dan pukul kemudian tapis.
  6. Tuang pada acuan tat dan bakar selama 20minit.
Tip memasak :

  • Jangan masak kulit tat terlalu lama, cukup sekadar kekuningan
  • Bancuhan inti juga jangan dipukul terlalu lama kerana apabila dibakar ia tidak rata

SELAMAT MENCUBA.........................

Tiada ulasan: